Notis Privasi

EN

  1. Am

    Sime Darby Plantation Berhad dan kumpulan syarikatnya, termasuk subsidiari-subsidiarinya dan syarikat-syarikat dibawah kawalan Sime Darby Plantation Berhad (“Sime Darby Plantation” atau “kami”) komited dalam melindungi dan menghormati privasi anda. Notis privasi ini (“Notis Privasi”) terpakai kepada semua jenama kami di peringkat global dan menerangkan bagaimana kami mengumpul, menggunakan, menyimpan dan menzahirkan data peribadi anda selaras dengan undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan.

    Sila pastikan anda telah membaca dan memahami Notis Privasi ini sebelum mengakses laman web kami atau memberikan data peribadi anda kepada kami.

  2. Pengumpulan Maklumat dan Kategori Data Peribadi

    Pengumpulan Maklumat
    Data peribadi anda mungkin dikumpulkan daripada anda semasa melayari laman web kami, melalui senarai tetamu, kad perniagaan, buku tetamu dan/atau mana-mana acara yang dianjurkan oleh kami atau dari sumber lain seperti pelanggan kami, rakan niaga dan wakil mereka, pihak ketiga seperti pihak berkuasa, agensi kerajaan, agensi pelaporan kredit, agensi rekrut pekerja, pembekal perkhidmatan saringan pra-pekerjaan, majikan anda atau referi yang lain, maklumat rangkaian sosial, rekod awam, atau daripada pihak ketiga lain yang bekerja dengan kami.

    Warganegara atau Individu Pemastautin EEA/UK
    Jika anda seorang warganegara atau pemastautin di Kawasan Ekonomi Eropah ("EEA") atau United Kingdom ("UK"), sila rujuk Bahagian C di bawah di mana kami telah menyatakan maklumat tambahan yang diperlukan oleh undang-undang perlindungan data Kesatuan Eropah (“EU") dan UK untuk menerangkan "asas yang sah" untuk pemprosesan data peribadi anda.
    Jika anda bukan warganegara atau pemastautin di EEA atau UK, di mana anda telah memberikan kami data peribadi anda, anda bersetuju dan mengizinkan dengan pengumpulan, penggunaan dan penzahiran data peribadi anda untuk tujuan yang telah dinyatakan dalam Notis Privasi ini, di mana berkenaan.

    Jenis Data Peribadi
    Jenis-jenis data peribadi yang mungkin kami kumpulkan daripada anda akan bergantung kepada tujuan dan hubungan kami dengan anda termasuk tetapi tidak terhad kepada nama, nombor pengenalan (IC), nombor pasport, alamat surat-menyurat, kewarganegaraan, nombor telefon, e-mel, dan lokasi. Data peribadi yang disebutkan di atas tidak menyeluruh dan mungkin termasuk data peribadi lain bergantung kepada hubungan perniagaan, urusan atau transaksi antara anda dan kami.
    Terdapat situasi di mana kami mungkin perlu mengumpulkan jenis data peribadi yang lebih sensitif dan diberikan tahap perlindungan yang lebih tinggi (dengan syarat yang lebih ketat) di negara seperti EEA dan UK. Jenis-jenis data peribadi tersebut termasuk data peribadi yang mendedahkan asal usul kaum atau etnik, pendapat politik, kepercayaan agama atau falsafah, atau keahlian kesatuan sekerja, dan pemprosesan data genetik, data biometrik untuk tujuan mengenalpasti individu, data kesihatan atau data kehidupan seks atau orientasi seksual serta data berkenaan dengan sabitan dan kesalahan jenayah. Jika kami memerlukan data peribadi sensitif dan rekod jenayah seseorang, kami akan memastikan bahawa kami memenuhi asas perundangan yang sah untuk pemprosesan data tersebut.
    Kami hanya akan mengumpul data peribadi anda untuk memenuhi satu (1) atau lebih Tujuan yang dinyatakan dalam Bahagian C di bawah. Keengganan anda untuk memberikan data peribadi yang diminta kepada kami boleh menyebabkan kami tidak dapat memproses dan/atau menzahirkan data peribadi anda untuk Tujuan yang dinyatakan di bawah.

  3. Tujuan dan Asas Perundangan yang Sah untuk Pemprosesan Data Peribadi

    Tujuan
    Tujuan kami mengumpul dan memproses data peribadi anda termasuk tetapi tidak terhad kepada yang berikut:

    • untuk membolehkan anda menyediakan produk atau perkhidmatan kepada kami atau sebaliknya;
    • untuk memproses dan menguruskan penyertaan anda dalam mana-mana peraduan/program yang dianjurkan oleh kami;
    • untuk menilai dan mengendalikan permohonan kerja anda;
    • untuk menjalankan pemeriksaan latar belakang dan saringan Know Your Counterparty (KYC);
    • untuk menghantar mesej perayaan, mesej promosi dan tawaran istimewa kepada anda;
    • untuk tujuan hubungan perniagaan dengan anda;
    • untuk membela tuntutan atau saman terhadap kami dalam prosedur undang-undang;
    • untuk tujuan penyimpanan maklumat;
    • untuk tujuan keselamatan dan pencegahan fraud;
    • untuk tujuan analisis statistik data;
    • untuk tujuan memprofil keutamaan anda;
    • untuk aktiviti pemasaran;
    • untuk tujuan urusan perhubungan pelabur;
    • untuk siasatan terhadap aduan, salah laku dan transaksi yang mencurigakan (termasuk tetapi tidak terhad kepada menjalankan ketelitian wajar dan/atau aktiviti-aktiviti pemeriksaan lain);
    • untuk penggunaan dalam tugasan media dan/atau buletin atau iklan kami;
    • untuk tujuan menyediakan undangan tetamu, pendaftaran dan/atau mendaftar untuk acara-acara kami;
    • untuk tujuan pentadbiran dan pengurusan am;
    • untuk tujuan lawatan ke pejabat atau premis kami di mana imej anda mungkin akan diambil dan dirakam melalui CCTV untuk memastikan keselamatan di dalam premis kami;
    • untuk penjualan atau pemindahan semua atau mana-mana bahagian perniagaan atau aset kami kepada pihak ketiga;
    • untuk tujuan pengurusan kesihatan semasa krisis kesihatan atau wabak penyakit; dan/atau
    • untuk apa-apa tujuan lain yang diperlukan atau dibenarkan di bawah peruntukan perundangan, statutori dan peraturan,

    (secara kolektif, “Tujuan”).

    Data yang Tidak Boleh Dikenal Pasti (Anonymised Data)
    Kami mungkin mencipta rekod data yang tidak boleh dikenal pasti (anonymised) daripada data peribadi yang kami kumpulkan daripada anda yang telah disulitkan. Data anonymised bukan data peribadi di sisi undang-undang kerana data tersebut tidak akan mengenal pasti anda secara langsung atau tidak langsung. Sebagai contoh, kami mungkin menggunakan data anonymised tersebut untuk tujuan pengiraan trafik atau penggunaan ciri khusus laman web dan mendedahkan data anonymised kepada pihak ketiga, termasuk tetapi tidak terhad kepada rakan kongsi penyelidikan kami. Jika penggunaan rekod data anonymised kami akan membolehkan kami mengenal pasti identiti anda, kami akan menganggap data gabungan tersebut sebagai data peribadi yang akan digunakan selaras dengan Notis Privasi ini.

    Asas yang Sah
    Dalam urusan atau interaksi kami dengan anda, kami bergantung pada pelbagai asas yang sah untuk tujuan pemprosesan data peribadi anda. Sila rujuk jadual di bawah.

    Aktiviti Pemprosesan (Tujuan Pemprosesan Data Peribadi Anda)

    Asas yang Sah

    untuk membolehkan anda menyediakan barangan atau perkhidmatan kepada kami atau sebaliknya

    • pelaksanaan kontrak
    • kepentingan yang sah (untuk membolehkan komunikasi yang efektif dan untuk tujuan memenuhi kewajipan)

    untuk memproses dan menguruskan penyertaan anda dalam mana-mana peraduan/program yang dianjurkan oleh kami

    • kepentingan yang sah (untuk membolehkan komunikasi yang efektif berkaitan dengan peraduan/program kami)

    untuk menilai dan mengendalikan permohonan kerja anda

    • pelaksanaan kontrak (pemohon kerja yang berjaya akan diminta menandatangani kontrak pekerjaan)
    • kepentingan yang sah (untuk membolehkan kami menilai kesesuaian pemohon kerja untuk peranan tersebut)

    untuk menjalankan pemeriksaan latar belakang dan saringan Know Your Counterparty (KYC)

    • kewajipan undang-undang

    untuk menghantar mesej perayaan, mesej promosi dan tawaran istimewa kepada anda

    • persetujuan
    • kepentingan yang sah (untuk mengekalkan hubungan baik dan memastikan anda mendapat berita terkini berkaitan produk atau perkhidmatan kami)

    untuk tujuan menjalin hubungan perniagaan dengan anda

    • kontrak
    • kepentingan yang sah (untuk membolehkan komunikasi yang efektif dengan anda berkaitan dengan produk atau perkhidmatan, dan untuk tujuan mengekalkan hubungan kami dengan anda)

    untuk tujuan penyimpanan maklumat

    • kewajipan undang-undang (tempoh pengekalan statutori, contohnya, untuk rekod pekerja dan rekod pembayaran cukai)

    untuk tujuan keselamatan dan pencegahan fraud

    • kewajipan undang-undang

    untuk tujuan analisis statistik data

    • kepentingan yang sah (untuk pengurusan perniagaan, pentadbiran dan perkhidmatan IT)

    untuk tujuan memprofil keutamaan anda

    • kepentingan yang sah (untuk membolehkan kami memberikan anda produk atau perkhidmatan yang betul)

    untuk tujuan pemasaran

    • kepentingan yang sah (untuk membolehkan kami memaklumkan anda berita berkaitan dengan produk terkini kami)

    untuk tujuan urusan hubungan dengan pelabur

    • kewajipan undang-undang
    • kepentingan yang sah (untuk membolehkan komunikasi yang efektif antara pelabur dan kami)

    untuk siasatan terhadap aduan, salah laku dan transaksi yang mencurigakan (termasuk tetapi tidak terhad kepada menjalankan ketelitian wajar dan/atau aktiviti-aktiviti pemeriksaan lain)

    • kewajipan undang-undang
    • kepentingan yang sah (untuk memastikan salah laku dalam syarikat ditangani dengan sewajarnya)

    untuk penggunaan dalam tugasan media dan/atau buletin atau iklan kami

    • kepentingan yang sah (untuk membenarkan kami memasukkan nama, foto atau video anda dalam media dan/atau buletin atau iklan kami)

    untuk tujuan menyediakan undangan tetamu, pendaftaran dan/atau mendaftarkan anda untuk acara-acara kami

    • kepentingan yang sah (untuk membolehkan kami merekod dan menghantar jemputan kepada anda untuk acara kami)

    untuk tujuan pentadbiran dan pengurusan am

    • kepentingan yang sah (untuk pengurusan perniagaan harian, pengurusan pihak berkepentingan untuk pelbagai perkara dan pemprosesan permintaan daripada pelanggan, pembekal perkhidmatan dan pengadu)

    untuk tujuan lawatan ke pejabat atau premis kami di mana imej anda mungkin akan diambil dan dirakam melalui CCTV untuk memastikan keselamatan di dalam premis

    • kewajipan undang-undang (untuk memastikan keselamatan pejabat atau premis)
    • kepentingan yang sah (untuk memastikan pelawat kami selamat)

    untuk penjualan atau pemindahan semua atau mana-mana bahagian perniagaan atau aset kami kepada pihak ketiga

    • kewajipan undang-undang
    • pelaksanaan kontrak

    untuk membela tuntutan atau saman terhadap kami dalam prosedur undang-undang atau prosedur undang-undang yang berpotensi

    • kewajipan undang-undang

    untuk tujuan pengurusan kesihatan semasa krisis kesihatan atau wabak penyakit

    • persetujuan
    • kewajipan undang-undang
    • kepentingan yang sah (untuk mencegah penyebaran virus atau penyakit)

    untuk apa-apa tujuan lain yang diperlukan atau dibenarkan di bawah peruntukan perundangan, statutori dan peraturan

    • kewajipan undang-undang


    Tujuan Pemasaran Secara Langsung
    Kami akan menghantar buletin, tinjauan, tawaran dan bahan promosi lain kepada anda secara berkala mengenai produk dan perkhidmatan kami yang kami percaya adalah menarik atau berguna kepada anda, jika anda telah bersetuju (opt-in) untuk menerima mesej tersebut melalui e-mel atau saluran elektronik lain (jika opt-in sedemikian diperlukan di bawah undang-undang tempatan anda).

    Jika anda tidak berminat menerima komunikasi sedemikian pada bila-bila masa, anda boleh "opt-out" dengan mengikuti arahan berhenti melanggan yang diberikan dalam setiap e-mel pemasaran langsung kami atau dengan menghubungi kami secara terus (sila rujuk Bahagian K di bawah). Kami akan merekodkan sebarang bantahan daripada anda dan berhenti menghantar komunikasi promosi kepada anda.|

    Pembuatan Keputusan secara Automatik
    Kami tidak memproses data peribadi anda melalui pembuatan keputusan automatik.

  4. Kuki

    Informasi Am tentang Kuki
    Kuki adalah fail kecil yang meminta keizinan untuk diletakkan dalam peranti anda. Jika anda memberi keizinan, fail tersebut akan ditambahkan dan kuki akan membantu menganalisis trafik web atau memberitahu anda apabila anda melawat mana-mana laman web. Kuki membenarkan aplikasi web bertindak balas kepada anda sebagai individu. Aplikasi web boleh menyesuaikan operasinya mengikut keperluan, pemilihan (suka atau tidak suka) anda dengan mengumpul dan mengingati maklumat pilihan anda.

    Jenis Kuki dan Tujuan
    Kami menggunakan kuki dan teknologi lain yang serupa untuk mengumpul maklumat tentang pelawat kami. Secara khususnya, kami menggunakan kuki dan teknologi lain yang serupa untuk tujuan berikut:

    • Kuki Penting (Necessary Cookies) – Kuki ini diperlukan untuk laman web kami berfungsi dengan baik dan tidak boleh dimatikan dalam sistem kami.
    • Kuki Statistik (Statistics Cookies) – Kuki ini membantu pemilik laman web memahami cara pelawat berinteraksi dengan laman web dengan mengumpul dan melaporkan maklumat yang dinyahperibadi.
    • Kuki Kefungsian (Preference Cookies) – Kuki ini membolehkan laman web untuk mengingati maklumat yang mengubah pola atau rupa laman web, seperti bahasa pilihan atau lokasi anda.
    • Kuki Pemasaran (Marketing Cookies) – Kuki ini digunakan menjejak pelawat yang melawat laman web yang berlainan. Tujuan kuki ini adalah untuk memaparkan iklan yang relevan dan menaruk untuk pengguna dan yang memberi manfaat kepada penerbit dan pengiklan pihak ketiga.
    • Kuki yang tak diklasifikasi (Unclassified Cookies) – Kuki ini tidak tergolong dalam mana-mana kategori lain atau dalam proses pengkategorian.


    Kuki tidak sama sekali memberi kami akses kepada peranti anda atau sebarang maklumat berkaitan dengan anda, selain daripada data yang anda pilih untuk berkongsi dengan kami.

    Anda boleh memilih untuk menerima atau menolak kuki. Kebanyakan pelayar web menerima kuki secara automatik, tetapi anda boleh mengubah tetapan pelayar jika anda ingin menolak kuki tersebut. Perbuatan ini mungkin menghalang anda daripada mendapat manfaat sepenuhnya daripada laman web kami.

    Anda juga boleh mengubah tetapan kuki anda (kecuali kuki penting) pada bila-bila masa dengan klik pada ikon hitam di sebelah kiri bawah laman web kami.

  5. Data Peribadi Individu Bawah Umur dan Individu Lain

    Jika anda berkongsi atau memberikan kami data peribadi mana-mana ahli keluarga, pasangan, tanggungan dan/atau individu lain, anda mengesahkan bahawa anda telah mendapat keizinan daripada orang yang berkaitan untuk memproses data peribadi mereka mengikut Notis Privasi ini.

    Sekiranya anda berkongsi atau memberikan kami data peribadi kanak-kanak di bawah umur, anda mengesahkan bahawa anda mempunyai hak untuk bertindak dan memberi keizinan bagi pihak mereka untuk memproses data peribadi mereka selaras dengan Notis Privasi ini.

  6. Perkongsian Data Peribadi Anda

    Perkongsian
    Sila ambil maklum bahawa data peribadi anda boleh dizahirkan, disebarkan dan/atau dipindahkan kepada syarikat-syarikat di dalam kumpulan kami (termasuk syarikat induk, anak-anak syarikat, syarikat-syarikat yang berkaitan dan syarikat-syarikat bersekutu tempatan dan juga antarabangsa), sama ada sekarang atau pada masa akan datang, atau kepada mana-mana organisasi pihak ketiga untuk tujuan memenuhi tanggungjawab kami kepada anda berkaitan dengan Tujuan tersebut dan juga untuk tujuan lain yang berkaitan dengan Tujuan tersebut serta dalam menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan bersepadu, penyelenggaraan dan penyimpanan rekod-rekod.

    Pihak ketiga yang kami percaya memerlukan akses kepada maklumat anda untuk memberikan maklumat atau perkhidmatan yang anda minta daripada kami seperti:
    1. pembekal perkhidmatan, rakan kongsi perniagaan yang menyediakan perkhidmatan pentadbiran, IT atau perkhidmatan lain yang dilantik oleh Sime Darby Plantation atau mana-mana Kumpulan syarikat Sime Darby Plantation;
    2. juruaudit, konsultan, peguam dan akauntan atau mana-mana penasihat profesional lain yang dilantik oleh kami atas dasar sulit;
    3. pengiklan dan rangkaian pengiklanan yang memerlukan data tertentu untuk menawarkan iklan yang berkaitan kepada anda dan/atau rakan kongsi terpilih lain untuk membantu mereka memberikan tawaran, promosi dan/atau mesej yang diperibadikan (personalised) dengan lebih baik kepada anda atau orang lain;
    4. pihak ketiga berkaitan dengan penjualan atau pemindahan semua atau mana-mana bahagian perniagaan atau aset kami;
    5. mana-mana pihak dalam prosedur undang-undang atau prosedur undang-undang yang berpotensi; atau
    6. agensi penguatkuasaan, agensi kerajaan, mahkamah, tribunal, badan profesional, pengawal selia, kementerian (sama ada di peringkat perbandaran, negeri atau persekutuan walau bagaimanapun dinamakan dalam bidang kuasa lain), jika diperlukan atau diberi kuasa untuk berbuat demikian, untuk memenuhi dasar perundangan mana-mana, peraturan, perintah atau penghakiman mahkamah atau tribunal atau pertanyaan daripada pihak berkuasa yang berkaitan.

    Pemindahan ke luar EEA dan UK
    Data peribadi atau maklumat yang anda kongsi dengan kami akan dipindahkan ke negara lain di luar EEA dan/atau UK dalam situasi tertentu. Undang-undang perlindungan data di negara tersebut mungkin tidak boleh memberikan tahap perlindungan yang setaraf untuk data peribadi anda seperti di bawah undang-undang perlindungan data EU dan UK. Dalam situasi sedemikian, kami komited untuk mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk memastikan bahawa perlindungan bersesuaian selaras dengan undang-undang dilaksanakan.

  7. Hak Anda

    Hak-hak
    Hak-hak anda terhadap data peribadi anda adalah seperti berikut:
    1. hak untuk mengakses - untuk meminta akses kepada data peribadi yang kami pegang tentang anda;
    2. hak untuk menyekat – untuk meminta kita mengehadkan cara kami menggunakan data peribadi anda;
    3. hak untuk membuat pembetulan – untuk meminta kami mengemaskini atau membetulkan data peribadi anda;
    4. hak untuk memadam – untuk meminta kami memadam data peribadi anda dalam rekod kami;
    5. hak untuk membantah – untuk membuat pembantahan kepada pemprosesan kami terhadap data peribadi anda (termasuk untuk tujuan pemasaran secara langsung); dan
    6. hak untuk memindah – untuk meminta pemindahan data peribadi anda kepada anda atau organisasi lain.

    Persetujuan dan Pembantahan
    Jika kami bergantung pada persetujuan untuk memproses data peribadi anda, anda boleh menarik balik persetujuan anda untuk pemprosesan tersebut dengan menghubungi kami menggunakan butiran hubungan di Bahagian K di bawah. Walau bagaimanapun, penarikan balik keizinan anda tidak akan menjejaskan hak kami untuk memproses data peribadi anda sebelum penarikan semula persetujuan anda.

  8. Penyimpanan Data Peribadi

    Penyimpanan
    Maklumat yang anda kongsi dengan kami akan disimpan di pelayar kami atau di pelayar pihak ketiga yang membekalkan perkhidmatan IT. Kami komited untuk mengekalkan perlindungan yang bersesuaian untuk mengelakkan kehilangan, penyalahgunaan, akses tanpa kebenaran, pengubahan atau pemusnahan data peribadi anda selaras dengan undang-undang yang terpakai.

    Sekiranya kami memindahkan data peribadi anda ke destinasi lain (dari negara di mana anda berada), kami akan memastikan perlindungan yang sesuai selaras dengan undang-undang yang berkenaan.

    Tempoh Pengekalan
    Data peribadi yang disimpan oleh kami akan dimusnahkan dan/atau dipadamkan daripada rekod dan sistem kami sekiranya data tersebut tidak lagi diperlukan untuk mana-mana tujuan data tersebut dikumpul melainkan kami dikehendaki menyimpannya lebih lama selaras dengan undang-undang atau peraturan terpakai.

    Dua (2) contoh dinyatakan di bawah:
    1. rekod pembayaran cukai akan dikekalkan selama tujuh (7) tahun selaras dengan obligasi pengekalan rekod cukai; dan
    2. rekod pengaduan pelanggan yang diterima akan dikekalkan selama enam (6) tahun.

  9. Sekuriti Data Peribadi

    Kami melaksanakan pelbagai langkah teknikal dan organisasi untuk melindungi data peribadi anda daripada pemusnahan, kehilangan, pengubahan, pendedahan atau akses tanpa kebenaran dan terhadap penyalahgunaan pemprosesan dalam bentuk lain.

  10. Aduan

    Jika anda percaya bahawa pelanggaran atau penyalahgunaan data peribadi anda telah berlaku, anda mempunyai hak untuk membuat aduan kepada pihak berkuasa perlindungan data di negara anda. Walau bagaimanapun, kami menggalakkan anda untuk menghubungi kami sebelum membuat aduan sedemikian kepada pihak berkuasa perlindungan data supaya kami diberi peluang untuk memahami dan menyelesaikan masalah anda terlebih dahulu.

  11. Hubungi Kami

    Jika anda mempunyai sebarang soalan, komen atau permintaan berkaitan dengan Notis Privasi ini atau pemprosesan data peribadi anda, anda boleh menghubungi kami dengan menghantar emel kepada [email protected] atau menghantar surat ke alamat di bawah:

    Komunikasi Kumpulan
    Sime Darby Plantation Berhad
    Tingkat 2, Blok A,
    Sime Darby Plantation Leadership Centre
    No. 2, Jalan PJU 1A/7, Ara Damansara
    47301 Petaling Jaya
    Selangor Darul Ehsan
    Malaysia

  12. Hak Untuk Membuat Pemindaan

    Kami akan mengemaskini, menyemak semula, meminda dan/atau mengubahsuai Notis Privasi ini dari semasa ke semasa. Sila sentiasa semak Notis Privasi supaya anda sedar tentang sebarang perubahan yang dikemaskini.|

  13. Bahasa

    Sekiranya terdapat sebarang percanggahan antara versi Bahasa Inggeris dan versi Bahasa Malaysia untuk Notis Privasi ini, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.


Notis Privasi ini adalah versi 2 November 2023.